Friday, December 26, 2008

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!

Slmt thn baru dan slmt kembali ke sekolah!! semoga dgn tahun baru 2009 akan ada azam baru utk menempuh alam persekolahan yg baru utk mencapai kecemerlangan. kepada yang baru untuk mendaftar ke peringkat menengah, slmt dtg ke sesi persekolahan yg baru.
semoga berjaya!!!

Friday, November 14, 2008

SPM 2008

selamat menghadapi SPM 2008 kepada semua calon!!! semoga berjaya dengan cemerlang..

Friday, September 19, 2008

Salam Aidilfitri 1429h!!!



Selamat Menyambut Hari Raya aidilfitri buat semua warga SAAS..

Maaf zahir & batin.


Tuesday, September 2, 2008

PERCUBAAN SPM DAH HAMPIR!!!!!


selamat menempuhi peperiksaan percubaan SPM 2008 kepada semua calon yg akan bermula pada 4 Sept ini. berusahalah untuk mencapai kejayaan... jgn tggl solat, jgn lupa doa!

Friday, August 29, 2008

selamat menyambut bulan Ramadhan!!

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak dan menunaikan ibadat puasa!!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-51 kepada semua rakyat Malaysia khususnya WARGA SMK SULTAN ABDUL AZIZ, KUALA SELANGOR!!! Hayatilah nilai kemerdekaan negara kita dengan sebaiknya. Bersatu padu kita kearah kejayaan bersama..
"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"



Tuesday, August 12, 2008

Tembikar

Oleh : Azmir Shafizi
Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak.

Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.

Proses Pembuatan

Terdapat beberapa proses untuk membuat labu sayong:
Tanah liat yang lazimnya diperolehi daripada sungai atau di bawah perdu pokok dkumpulkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki supaya hancur dan halus.

Setelah itu ia ditapis untuk membuang pasir dan ketul-ketul batu. Tanah liat itu kemudiannya dicampurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah tersebut seterusnya digiling sehingga berbentuk bulat dan memanjang.

Untuk membentuk labu, proses awal yang perlu dilakukan ialah membentuk badan labu dengan melingkarkan tanah liat di atas pinggan. Setelah itu lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil dipusingkan dan dinaikkan sehingga berbentuk silinder. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya. Untuk membuat tapak labu, tanah liat dileperkan untuk dicantumkan di bahagian tapak labu dengan teknik lilit. Manakala untuk membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat dibahagikan dan dipicit sambil menaikkannnya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk muncung labu.

Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk menggilap permukaan labu. Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam. Motif ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung kayu yang berukir pada permukaan labu yang masih lembut. Setelah labu tersebut diukir, ianya disalai dengan asap terlebih dahulu sebelum dibakar. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan pelepah kelapa. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak cepat merebak dan tidak cepat memakan bahan. Labu ti dak pula diletakkan terlalu rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Keadaan demikian mengelakkan labu daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada.

Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam. Untuk menghitamkan labu, labu yang masih panas ditimbus dengan sekam padi selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air dari meresap keluar. Kemudian tersedialah labu yang sudah dibentuk. Labu yang dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan. Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat atau pewarna yang lain tetapi disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus ke atas labu yang telah menjalani proses pembakaran.
Motif dan Hiasan

Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:-

* Bunga cengkih
* Bunga kedudut
* Bunga tanjung
* Bunga padi
* Bunga pecah empat
* Bunga pecah lapan
* Bunga lawang
* Pucuk rebung
Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh.


Sunday, August 10, 2008

selamat datang!!!

Selamat datang ke laman studio seni SMK Sultan Abdul Aziz, K.Selangor!!! Anda akan mendapat pelbagai informasi seni visual yang terbaik. Semoga Kejayaan Akan Menjelma!!!